Sabah Getting To Zero HIV 2030
Tawau HISTep ft KK Model Tawau
PERKHIDMATAN
SARINGAN
HIV/STI/Hep C
SECARA PERCUMA DAN RAHSIA
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN YANG MEMBERIKAN KESELESAAN KEPADA MANA-MANA INDIVIDU
KAMI BERPUSAT DI KLINIK KESIHATAN TAWAU JALAN CHONG THIEN VUN TAWAU.
KAMI SANGAT MENGHARGAI PENYERTAAN ANDA SEMUA UNTUK MENYAHUT KEMPEN "SABAH GETTING TO ZERO HIV 2030"KAMI SENTIASA MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA PELANGGAN KAMI DAN PELANGGAN KAMI MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARIPADA KELUARGA KAMI.

Matlamat perkhidmatan kami
-Test-Treat-Suppress-
HISTep Tawau dengan kolaborasi KK Model Tawau bertujuan untuk memperkasakan serta meningkatkan kadar saringan bagi HIV/STI/Hep C bukan sekadar di kalangan komuniti malah bagi golongan "Key Population" yang mana lebih berisiko untuk dijangkiti. Hubungi kami untuk maklumat lebih lanjut.

Saringan HIV/STI/Hep C
Kesihatan merupakan kegembiraan,Kegembiraan anda merupakan keutamaan kami.
Kurangkan stigma dengan menjalani ujian saringan. Utamakan kesihatan diri anda tanpa mengira latar belakang individu.
Saringan merupakan salah satu pencegahan awal dalam membendung daripada berlakunya penularan jangkitan.
Kami akan memastikan maklumat anda disimpan dan tidak akan disebarkan kepada mana-mana pihak yang tidak berkaitan.
Hubungi kami untuk dapatkan temujanji saringan anda.
Hubungi kami atau isikan maklumat diri anda dan kami akan menghubungi anda
Tawau HISTep ft KK Model Tawau


